PERTANDINGAN BERCERITA SIRAH NABI LANTUNAN MAHABBAH RASULILLAH 5 NOV 2022




JOM DAFTARKAN ANAK ANDA KE PERTANDINGAN BERCERITA SIRAH NABI (RASULULLAH SAW) !


Tempat : Masjid Qaryah Ibnu Khaldun Lavender Height.

Tarikh : 5 Nov 2022

Masa : 8.30 pagi - 11.00 pagi

Pendaftaran : 8.00 pagi.

Kuota : TERHAD 10 orang peserta sahaja.


Sijil penyertaan / penghargaan disediakan.

Penyampaian hadiah di akhir program!



Syarat-syarat pertandingan :

- Terbuka kepada kanak-kanak berumur 10 - 12 tahun sekitar Negeri Sembilan sahaja.

- Isi cerita sirah (hanya sirah Rasulullah SAW) haruslah yang benar & bersumberkan bahan ilmiah yang dipercayai, bukan rekaan semata-mata.


- Panjang cerita hendaklah bersesuaian dengan masa yang diperuntukkan iaitu antara 6 minit hingga 8 minit.


- Loceng akan dibunyikan 2 kali pada minit ke-8 menandakan masa persembahan tamat.


- Pergerakan yang dibenarkan ialah pergerakan anggota badan, tangan, kepala, dan mimik muka. Pergerakan kaki hanya dibenarkan setapak ke kiri, setapak ke kanan, setapak ke hadapan, dan setapak ke belakang.


- Peserta digalakkan memakai kostum yang sesuai, menutup aurat dengan baik, dan tidak keterlaluan.


- Teks cerita hendaklah dihantar kepada urusetia semasa pendaftaran di hari pertandingan nanti.


- Peserta akan dinilai berdasarkan :

* Teknik Persembahan - 20 markah.

* Bahasan dan pertuturan - 20 markah.

* Penghayatan cerita - 20 markah.

* Interaksi dengan audiens - 15 markah.

* Mesej/nilai dalam cerita - 05 markah.

* Tempo penceritaan - 10 markah

* Kawalan suara - 10 markah

JUMLAH - 100 markah.


TARIKH TUTUP PENYERTAAN :

3 NOV 2022 (Khamis)


Arahan pendaftaran :
Sila isikan NAMA ANAK ANDA di ruangan Nama di bawah.
Sila isikan Emel & No. Tel anda di ruangan Emel & No.Tel.
Sila isikan nombor kad pengenalan anak anda di ruangan No Kad pengenalan.
Sila isikan nama sekolah / institut anak anda belajar di ruangan Sekolah / Institut.


Sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi :

Puan Faiza - https://www.wasap.my/60196339367/PertandinganSirah
Puan Azreena - https://www.wasap.my/60122235901/PertandinganSirah


BANTU KAMI HEBAHKAN LAGI PERTANDINGAN INI YA.

LIKE | SHARE Raudhatul Muhibbin Negeri Sembilan.

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi